Followers

Moyes dipecat Manchester United!



Manchester United mengesahkan bahawa mereka telah memecat pengurus David Moyes.

Kelab tersebut mengumumkan di laman profil Twitter mereka yang pengurus berbangsa Scotland itu telah meninggalkan kelab selepas kurang daripada setahun bersama mereka.

Manchester United turut memuat naik mesej, "Kelab ingin berterima kasih untuk kerja keras, kejujuran dan integriti beliau di kelab,", berikutan pendedahan tersebut.

Moyes, yang dilantik atas dasar kontrak enam tahun selagi pengganti Sir Alex Ferguson, gagal melanjutkan kejayaan kelab tersohor tersebut.

Manchester United telah dikalahkan sebanyak 11 kali dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan berada di tempat ketujuh - 23 mata di belakang pendahulu Liverpool.