Followers

Hudud: Apa faedahnya untuk PAS, Pakatan dan rakyat yang undi mereka



OLEH SHERIDAN MAHAVERA
APRIL 28, 2014

Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi menjalani ujian kelayakan untuk mengendalikan masyarakat majmuk seperti Malaysia apabila PAS mahu membuat pindaan di Dewan Rakyat untuk memberikan kuasa kepada kerajaan Kelantan untuk pelaksanaan Kanun Jenayah Islam mereka sendiri.

Apabila ia berlaku, mungkin pada sidang Dewan Rakyat pada Jun atau akhir tahun ini, ia memberikan peluang kepada 5.6 juta rakyat Malaysia untuk betul-betul meneliti PR dan memikirkan sama ada inilah yang mereka undi dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu.

Kerana kepada PAS, inilah tujuan tindakan mereka – memenuhi matlamat sejak lama dahulu serta janji kepada bukan sahaja ahli dan penyokong mereka, tetapi juga kepada rakyat Kelantan yang terus-menerus mengundi mereka sejak 1990.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, pindaan undang-undang akan dibahaskan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1993 – semasa parti Islam itu di awal pemerintahan di Kelantan.

Impian menjadi kenyataan

Menguatkuasakan hukum syariah atau 'hudud' merupakan impian tunjang PAS sejak tertubuhnya parti itu pada 1951 lagi.

Ia mendahului permulaan PR, kata Mahfuz yang juga merupakan ahli Parlimen bagi parti tersebut.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan II yang diluluskan DUN pada 1993 adalah sebahagian daripada impian itu.

Begitu juga dengan kelulusan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada 2002. Cuma pelaksanaannya yang menjadi bahan perbincangan.

Kedua-duanya diklasifikasikan sebagai undang-undang Syariah yang hanya boleh diaplikasikan kepada orang Islam dan boleh digunakan dalam negeri.

Namun pelaksanaannya terbantut disebabkan beberapa bahagian yang merangkumi jenayah seperti mencuri dan membunuh, yang sudah sedia ada di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan, semua undang-undang sivil dan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Hukuman untuk Kanun Jenayah juga dilakukan oleh Jabatan Penjara yang dikawal kerajaan Persekutuan.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed, kedua-dua enakmen hudud tersebut diendahkan.

Tetapi dalam mesyuarat Parlimen bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memerintah, Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menyokong mana-mana kerajaan negeri yang ingin menguatkuasakan hudud.

PAS pantas mengambil peluang tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan rang undang-undang akan diperkenalkan partinya untuk menguatkuasakan enakmen tersebut.

Pakar perundangan parti Islam itu sedang merangka undang-undang tersebut.

Difahamkan rang undang-undang tersebut tidak bertujuan mengubah Perlembagaan Persekutuan, yang memerlukan majoriti dua pertiga sokongan dalam Dewan Rakyat.

Sebaliknya, PAS mencari sokongan mencukupi untuk membenarkan Kelantan untuk menetapkan hukuman lebih berat untuk jenayah Syariah, termasuklah memotong tangan bagi jenayah seperti mencuri.

Menurut Paulsen, Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 1965 mengehadkan hukuman jenayah Syariah hingga tiga bulan penjara dan saman hingga RM5,000 atau 6 kali sebatan.

Keputusan Kelantan untuk menggubal undang-undang melalui ahli Parlimen PAS disokong parti, kata Mahfuz.

"PAS juga menyeru kepada pihak-pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen," kata Mahfuz.

Mula mengundi‎

Menurut kenyataan sekutu PAS, DAP, kumpulan sivil dan kerajaan BN baru-baru ini, penentangan terhadap hudud amat keras.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS untuk meninggalkan PR jika ia meneruskan rancangannya untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan.

"Pelaksanaan hudud di mana-mana negeri tidak dipersetujui dalam rangka kerja Pakatan.

"Sebagai parti yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS sepatutnya menghormati dan akur kepada perjanjian partinya," tulis Loke dalam kenyataan bertarikh 25 April.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga pernah mengatakan belum tiba masanya lagi untuk negara melaksanakan hudud.

Disebabkan impak besar undang-undang tersebut, beberapa pemimpin PAS inginkan parti itu untuk mendapatkan sokongan tetap daripada BN, terutamanya Najib, bahawa undang-undang tersebut boleh dipinda dan diluluskan sebelum parti itu melakukannya.

"Kami tidak mahu ia menjadi satu gimik politik di mana kami berebut dan akhirnya yang untung hanya BN," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Seorang ahli parti tersebut yang tidak mahu dinamakan mengatakan keputusan muktamad dalam meminda undang-undang tersebut belum lagi diumumkan, walaupun parti tersebut nekad melaksanakan hudud di Kelantan.

Tujuan semua ini dilakukan adalah untuk mendapatkan model sebenar sistem itu untuk berjalan supaya rakyat Malaysia dapat melihat sendiri jika mereka mahu mengikut contoh negeri itu, kata sumber itu.

Seorang pemimpin kanan (bukan PAS) dalam PR berkata sementara pelaksanaan ini membawa banyak timbang teliti dalam DAP dan PKR dalam cara mengendalikan parti Islam itu, hudud PAS perlu dihormati sebagai identiti tunjang parti itu.

"Apabila mereka mengambil alih di Kelantan (pada 1990) dan di setiap pilihan raya umum sejak itu, hudud menjadi platform mereka.

"Dan rakyat terus-menerus mengundi mereka. Jadi bagi PAS mereka sedang memenuhi janji mereka kepada rakyat yang mengundi untuk mereka," kata pemimpin PR itu yang tidak mahu dikenali.

Kata Mahfuz, PAS bersedia menerima semua kesan daripada keputusannya, termasuklah bahang daripada sekutu mereka serta orang awam, tanpa mengira jika mereka mendapat sokongan yang mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.

"Berilah kami peluang untuk menjalani proses demokratik. Biarlah proses demokratik tersebut menentukan hal ini." – 28 April, 2014.

Moyes dipecat Manchester United!



Manchester United mengesahkan bahawa mereka telah memecat pengurus David Moyes.

Kelab tersebut mengumumkan di laman profil Twitter mereka yang pengurus berbangsa Scotland itu telah meninggalkan kelab selepas kurang daripada setahun bersama mereka.

Manchester United turut memuat naik mesej, "Kelab ingin berterima kasih untuk kerja keras, kejujuran dan integriti beliau di kelab,", berikutan pendedahan tersebut.

Moyes, yang dilantik atas dasar kontrak enam tahun selagi pengganti Sir Alex Ferguson, gagal melanjutkan kejayaan kelab tersohor tersebut.

Manchester United telah dikalahkan sebanyak 11 kali dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan berada di tempat ketujuh - 23 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Sokong Hudud



Ayuh kita kena nyatakan sokongan kita kepada undang-undang Allah.

Dr Ali Jum'ah Dipulau Oleh Ulamak Sedunia



Dr Ali Jum'ah, mantan mufti Mesir diaibkan oleh ulamak-ulamak sedunia yang hadir pada forum fekah tahunan di Oman pada 6 - 9 April yang lepas. Dia datang ke Oman dengan jet peribadi kerana takut untuk menaiki pesawat bersama rakyat Mesir yang lain.

Tiba di Oman, ulamak-ulamak yang hadir enggan bertemu atau bersalam dengannya termasuk mufti Oman sendiri. Ketika nama Dr. Ali Jum'ah dipanggil untuk membentangkan kerjanya, dia tidak naik ke pentas kerana rasa malu atas sikapnya yang menyokong As-Sisi yang menggulingkan Dr.Morsy.

Selama 3 hari dia berada disitu, setiap kali ingin menjamah makanan didalam kafeteria, dia akan membelakangkan orang ramai dan mukanya mengadap ke dinding.

‪#‎PRAYFOREG529‬
Sumber : elshaab/Rassd/ Malaysians 4 Egypt - M4E
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA

Datin Rosmah Ulas Isu #mh370



Sama-sama kita nantikan info berguna dari datin seri.