Followers

Tangkap saya dahulu sebelum ambil tindakan terhadap Unit Amal - Suhaizan

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap beliau terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, menegaskan Jabatan Amal berada di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Saya cabar Datuk Seri Zahid Hamidi, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu.

"Jabatan Amal bawah tanggungjawab saya selaku ketua Pemuda PAS Malaysia," tulis beliau.

Semalam, Dr Ahmad Zahid memberi amaran akan mengambil tindakan seperti yang diambil terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang juga akan dikenakan ke atas Unit Amal PAS.

Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, Suhaizan mendesak Dr Ahmad Zahid memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Unit Amal PAS merupakan satu unit di bawah Pemuda PAS yang ditubuhkan pada 1991 dan sering bertindak membantu mengawal peserta demonstrasi anjuran pakatan pembangkang.

Ketika demonstrasi Anti GST di ha dapan bangunan Sultan Abdul Samad 1 Mei lepas, Unit Amal PAS telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan dan juga lalu lintas.

Acara Berkabung #mh17



Ajaran agama mana ni? Mereka hadir untuk majlis berkabung?

Piya Kapten bola sepak kelantan



Alhamdulillah. Semoga ramai lagi pemain yang lain akan istiqamah.

Tahniah Erdogan



Semoga membawa sinar kemenangan kepada islam dan dunia.

Sultan Selangor Dan Khalid Tersenyum Lebar



Apa yang dibincangkan?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah, Klang kira-kira jam 9 pagi tadi bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor untuk bincang mengenai kedudukannya sebagai ketua pentadbiran negeri selepas dipecat keahliannya pada Sabtu oleh pimpinan PKR.

Louis van Gaal pengurus baru pasukan Manchester United 2014/15

KUALA LUMPUR: Louis van Gaal akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan bola sepak terkenal dunia Manchester United untuk musim 2014/15. Beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Louis yang berusia 62 tahun pernah mengurus pasukan bola sepak terkenal Eropah sejak 20 tahun lalu dan pernah memenangi pelbagai trofi termasuk UEFA Champioons League, UEFA Cup dan Super Cups di Belanda dan Jerman.

Beliau akan mengambil alih tugas tersebut selepas Piala Dunia, yang mana beliau akan menguruskan pasukan bola sepak Belanda.

Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, Ryan Giggs dinamakan sebagai penolong pengurus.

Sebelum ini, pasukan Manchester United diuruskan oleh David Moyes.

Terkini! Ahmad Said Keluar UMNO, Adun Bebas Kijal

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said isytihar keluar UMNO dan jadi wakil bebas DUN Kijal.

Ahmad Said letak jawatan, Razif MB baru Terengganu



OLEH JAMILAH KAMARUDIN
May 12, 2014

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen. – 12 Mei, 2014.‎

Rang Undang-Undang Hudud Uji Keikhlasan Umno dan PAS

A Kadir Jasin

ADA pembahas bertanya pendapat saya mengenai perbahasan Hudud yang sedang berjalan sekarang. Sejak hal ini dibangkitkan berdekad-dekad lalu, saya telah banyak kali mengulas mengenainya.

Isu pokoknya sama. Hudud dan Qisas adalah asas kanun jenayah Islam. Itulah kefahaman umum mengenainya. Daripada sudut politik ia adalah antara perjuangan pokok Parti Islam se Malaysia (PAS). PAS juga mengidamkan penubuhan negara Islam.

Namun ada beberapa perbezaan dalam pusingan terbaru perbahasan isu ini. Antaranya:-

1. Ia adalah tindak balas langsung kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 dan perkembangan-perkembangan yang berkaitan dengannya.

2. Semua parti politik nasional yang dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengalami kejutan besar dalam PRU 5 Mei tahun lalu akibat isu-isu agama dan kaum yang dimainkan.

3. Kepemimpinan politik hilang kawalan ke atas isu-isu berkenaan, termasuk yang mereka sendiri ketengahkan, akibat kebanjiran media dan penyertaan cergas badan-badan bukan kerajaan (NGO).

4. Umno terkejut besar, marah dan kecewa apabila BN ditolak oleh pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, yang diberikan dan dijanjikan pelbagai habuan dan peruntukan. Akhirnya orang Melayu luar bandar yang menyelamatkan Umno dan BN daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina. Parti-parti Cina dan India BN ditolak oleh kaum mereka sendiri. Kalau tidak kerana Melayu kampung dan anak negeri Sarawak dan Sabah, BN telah kecundang.

5. PAS pula telah mula menyedari bahawa persekongkolan dengan DAP dan PKR telah membawa padah kepadanya. Ia terpaksa menyampingkan agenda-agenda Islamnya demi mendapatkan penerimaan DAP dan PKR, tetapi keputusan PRU 2013 tidak memihak kepadanya. PAS muncul sebagai parti paling lemah dalam PR di segi bilangan kerusi Parlimen.

6. Jadi PAS terpaksa memikirkan semula pendiriannya mengenai Hudud. Pelaksanaan Hudud di Kelantan adalah agenda yang boleh menyegarkan semula parti itu tanpa bergantung kepada DAP dan PKR. Kelantan telah pun meluluskan Rang Undang-Undang Hudud dan sudah pun mewartakannya. Cuma ia tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah – ultra vires - dengan Perlembagaan Persekutuan.

7. Sebelum ini, pendirian Umno menjadi penghalang kepada pelaksanaan enakmen itu. Tetapi selepas PRU 2013 dan akibat apa yang dilihat sebagai cabaran terhadap kedudukan istimewa agama Islam, khususnya tuntutan aktivis Kristian untuk menggunakan kalimah Allah, pendirian Umno mengenai Hudud dan terhadap PAS menjadi bertambah lembut.

NGO Melayu/Islam Cabar Kuasa Umno dan PAS

8. Umno dan PAS turut menghadapi cabaran yang semakin kuat daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu/Islam yang mempertikaikan komitmen kedua-dua buah parti Melayu/Islam itu terdapat hal-hal berkaitan agama dan bangsa. Badan-badan bukan kerajaan ini boleh melemahkan keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap Unmo dan PAS.

9. Kita tunggu dan lihat sama ada Umno akan benar-benar menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan dengan tidak menghalang cadangan Pas membentangkan rang undang-undang bukan kerajaan (private member’s bill) di Parlimen dan seterusnya mengundi menyokong rang undang-undang itu.

10. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan berkata Umno akan mendengar penerangan PAS tetapi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohammed, pula berkata Ahli Parlimen Umno dari Kelantan akan menyokong rang undang-undang itu.

11. PAS perlu bersedia menjawab hujah Ahli Parlimen, khususnya yang bukan Islam, dengan memastikan semua isu teknikal (seperti siapa akan kerat tangan si pencuri) diatasi kerana inilah modal penentang Hudud dan Qisas.

12. Akhir sekali, isu ini menguji sama ada Umno dan PAS boleh berfikir dan bertindak di luar kerangka politik kepartian dan sebaliknya mengutamakan kepentingan agama dan bangsa yang mereka wakili. Wallahuaklam.

A KADIR JASIN

HUDUD -ANTARA JALAN LURUS DAN BERLIKU



oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.

Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud.

Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.

Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta Pas juga berdialog dengan Dap dan golongan bukan Islam dalam isu hudud.Pokoknya Pas sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.

Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik , Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud. Jika dalam kes GST Umno sanggup gunakan segala prasarana berkempen untuk GST dengan membelanjakan wang berbilion ringgit, Umno sebaliknya tidak bernafsu untuk berkempen tentang hudud dengan semangat yang sama.

Jika Umno yang bermajoriti orang Islam tidak terasa terpanggil untuk menerangkan hudud di televisyen atau di radio yang mereka kuasai , Umno terpanggil pula menentang dan memperlekeh hudud. Kita boleh bawa banyak bukti kenyataan kenyataan para pemimpin Umno memperlekeh hudud. Malahan ada pemimpin Umno yang sanggup mengugut Kelantan dalam isu hudud dan ada juga bekas pemimpin Umno yang cabar hudud di Mahkamah. Apabila Adun Pas di Dun Trengganu baru baru ini membawa usul untuk bincang enakmen hudud di Trengganu , Kerajaan Trengganu yang dikuasai Umno tolak usul tersebut.

Umno bukan sahaja gagal berdialog, berseminar, berwacana bagi menerangkan kebaikan hukum hudud kepada rakyat, malahan tidak bersungguh memberi penerangan kepada sekutunya MCA atau Gerakan yang amat bernafsu menghentam hudud dengan sesuka hati. Jika DAP menentang hudud kerana berpendapat ianya bercanggah dengan Perlembagaan tanpa menghina hukum hudud, MCA pula memperlekeh hudud sehingga sanggup untuk menjadi rantai manusia ( human chain ) bagi menghalang Pas bentang rang rang undang persendirian Ahli Parlimen di Parlimen. Sehingga kini kita tidak dengar reaksi pemimpin Umno termasuk Presidennya menegur gelagat MCA dan Gerakan.

Kini secara tiba tiba Umno mengubah strateginya dalam isu hudud. Umno sedar isu hudud amat mudah untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Maka Umno tukar skrip dan tukar watak. Dari watak penjahat kini Umno cuba berwatak hero dalam isu hudud. Ianya semata mata untuk lariskan tiket wayang. Tetapi masih bermain wayang. Bukankan parti sekular seperti Umno berpegang kepada motto matlamat menghalalkan cara.

Adegan pertama watak "hero" Umno dalam wayang gambar ini adalah mencabar Pas bentangkan rang rang undang persendirian Ahli Parlimen ( private member's bill ) bagi memberi laluan kepada Kelantan untuk laksanakan hudud. Apabila adanya respon dari Kelantan , maka diteruskan adegan kedua iaitu pemimpin tertingi Umno menziarahi tokoh tokoh Pas. Adegan ketiga watak hero ini adalah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal bersama. Bagaimanapun dalam wayang gambar itu ada juga adegan si hero membiarkan rakan sekutunya MCA dan Gerakan mengamuk menyerang Pas dan hudud itu sendiri.

Bagi mereka yang naif politik akan menyatakan kepada Pas bukankan Umno sudah beri peluang mengapa Pas tidak gunakan ruang yang diberi. Ya benar Umno beri ruang tapi diberi ruang yang sempit dengan Umno tinggalkan ruang yang besar. Disuruhnya Pas memilih jalan yang sempit dan berliku meskipun di sana ada jalan yang lurus dan lebih selesa.

Menyuruh Pas membentang rang rang undang persendirian bagi memberi ruang perlaksanaan hudud di Kelantan adalah ibarat menyuruh Pas menggunakan jalan sempit dan berliku kerana proses pembentangan rang undang undang persendirian berliku liku jalannya.Antaranya ia perlu mendapat persetujuan Menteri dan ia juga tidak boleh mengatasi urusan Kerajaan termasuk usul usul lain.Prosedur terperinci boleh dilihat dalam Artikel 67 Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49 Peraturan Mesyuarat ( Standing Orders ). Pas pernah melalui Presidennya bentang rang undang undang persendirian mengenai murtad untuk Wilayah Persekutuan , ia bukan sahaja tidak dapat sokongan Menteri malahan diletakkan di senarai paling bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.

Mungkin ada yang kata itu dulu, kini Umno dah berubah. Ya, Umno dan berubah tapi bukan ubah perangai sebaliknya ubah strategi. Jika ubah perangai paling kurang minta maaf dera rakyat Kelantan selama ini dan beri wang royalti.

Jika Umno serius dalam membantu Kelantan kita berhak bertanya mengapakah Umno sendiri enggan membawa rang undang undang Kerajaan ( government's bill ) sepertimana rang undang undang lain yang biasa dibentangkan di Parlimen . Ianya lebih mudah dan pasti akan berjaya kerana jika undang undang dibawa oleh Kerajaan ia wajib disokong oleh semua parti komponen Umno termasuk dari Sabah dan Sarawak. Maka jika sekalipun Dap dan Pkr katakan tidak menyokong ia masih akan lulus.

Sebab itu selama ini jika Kerajaan kemukakan rang undang undang di Parlimen meskipun dalam perbahasan rakan sekutu Umno kadangkalan mengkritik rang undang undang itu tapi mereka akhirnya masih mengundi rang undang undang itu. Ini kerana jika mereka menolak rang undang yang dibawa oleh Kerajaan akan berlakunya undi tidak percaya dan mungkin terbubar Parlimen.

Keadaan yang sama tidak berlaku bagi rang undang undang persendirian.Jika Pas yang bawa rang undang undang persendirian, Umno tidak perlu dan tidak wajib pastikan rakan rakan sekutunya seperti Mca, Gerakan, Mic dan ahli ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak menyokong rang undang undang yang Pas akan bawa. Maka jika Umno sokong sekalipun rang undang undang itu tanpa sokongan dari sekutu mereka maka hasrat untuk melihat rang undang undang itu diluluskan ibarat kata Mat Sabu seperti menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Di sinilah kita mempunyai 1001 sebab untuk percaya Umno hanya bersandiwara dalam isu ini. jika Umno serius dalam isu hudud ini lupakan rang undang undang persendirian. Sebaliknya Umno perlu bawa rang undang Kerajaan yang mana kamu kuasai maka ketika itu barulah kewujudan Jawatankuasa Teknikal adalah relevan dan bermakna.

Hudud: Apa faedahnya untuk PAS, Pakatan dan rakyat yang undi mereka



OLEH SHERIDAN MAHAVERA
APRIL 28, 2014

Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi menjalani ujian kelayakan untuk mengendalikan masyarakat majmuk seperti Malaysia apabila PAS mahu membuat pindaan di Dewan Rakyat untuk memberikan kuasa kepada kerajaan Kelantan untuk pelaksanaan Kanun Jenayah Islam mereka sendiri.

Apabila ia berlaku, mungkin pada sidang Dewan Rakyat pada Jun atau akhir tahun ini, ia memberikan peluang kepada 5.6 juta rakyat Malaysia untuk betul-betul meneliti PR dan memikirkan sama ada inilah yang mereka undi dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu.

Kerana kepada PAS, inilah tujuan tindakan mereka – memenuhi matlamat sejak lama dahulu serta janji kepada bukan sahaja ahli dan penyokong mereka, tetapi juga kepada rakyat Kelantan yang terus-menerus mengundi mereka sejak 1990.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, pindaan undang-undang akan dibahaskan untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1993 – semasa parti Islam itu di awal pemerintahan di Kelantan.

Impian menjadi kenyataan

Menguatkuasakan hukum syariah atau 'hudud' merupakan impian tunjang PAS sejak tertubuhnya parti itu pada 1951 lagi.

Ia mendahului permulaan PR, kata Mahfuz yang juga merupakan ahli Parlimen bagi parti tersebut.

Kanun Jenayah Syariah Kelantan II yang diluluskan DUN pada 1993 adalah sebahagian daripada impian itu.

Begitu juga dengan kelulusan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada 2002. Cuma pelaksanaannya yang menjadi bahan perbincangan.

Kedua-duanya diklasifikasikan sebagai undang-undang Syariah yang hanya boleh diaplikasikan kepada orang Islam dan boleh digunakan dalam negeri.

Namun pelaksanaannya terbantut disebabkan beberapa bahagian yang merangkumi jenayah seperti mencuri dan membunuh, yang sudah sedia ada di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan, semua undang-undang sivil dan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

Hukuman untuk Kanun Jenayah juga dilakukan oleh Jabatan Penjara yang dikawal kerajaan Persekutuan.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed, kedua-dua enakmen hudud tersebut diendahkan.

Tetapi dalam mesyuarat Parlimen bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan memerintah, Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menyokong mana-mana kerajaan negeri yang ingin menguatkuasakan hudud.

PAS pantas mengambil peluang tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan rang undang-undang akan diperkenalkan partinya untuk menguatkuasakan enakmen tersebut.

Pakar perundangan parti Islam itu sedang merangka undang-undang tersebut.

Difahamkan rang undang-undang tersebut tidak bertujuan mengubah Perlembagaan Persekutuan, yang memerlukan majoriti dua pertiga sokongan dalam Dewan Rakyat.

Sebaliknya, PAS mencari sokongan mencukupi untuk membenarkan Kelantan untuk menetapkan hukuman lebih berat untuk jenayah Syariah, termasuklah memotong tangan bagi jenayah seperti mencuri.

Menurut Paulsen, Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 1965 mengehadkan hukuman jenayah Syariah hingga tiga bulan penjara dan saman hingga RM5,000 atau 6 kali sebatan.

Keputusan Kelantan untuk menggubal undang-undang melalui ahli Parlimen PAS disokong parti, kata Mahfuz.

"PAS juga menyeru kepada pihak-pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen," kata Mahfuz.

Mula mengundi‎

Menurut kenyataan sekutu PAS, DAP, kumpulan sivil dan kerajaan BN baru-baru ini, penentangan terhadap hudud amat keras.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS untuk meninggalkan PR jika ia meneruskan rancangannya untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan.

"Pelaksanaan hudud di mana-mana negeri tidak dipersetujui dalam rangka kerja Pakatan.

"Sebagai parti yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS sepatutnya menghormati dan akur kepada perjanjian partinya," tulis Loke dalam kenyataan bertarikh 25 April.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga pernah mengatakan belum tiba masanya lagi untuk negara melaksanakan hudud.

Disebabkan impak besar undang-undang tersebut, beberapa pemimpin PAS inginkan parti itu untuk mendapatkan sokongan tetap daripada BN, terutamanya Najib, bahawa undang-undang tersebut boleh dipinda dan diluluskan sebelum parti itu melakukannya.

"Kami tidak mahu ia menjadi satu gimik politik di mana kami berebut dan akhirnya yang untung hanya BN," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Seorang ahli parti tersebut yang tidak mahu dinamakan mengatakan keputusan muktamad dalam meminda undang-undang tersebut belum lagi diumumkan, walaupun parti tersebut nekad melaksanakan hudud di Kelantan.

Tujuan semua ini dilakukan adalah untuk mendapatkan model sebenar sistem itu untuk berjalan supaya rakyat Malaysia dapat melihat sendiri jika mereka mahu mengikut contoh negeri itu, kata sumber itu.

Seorang pemimpin kanan (bukan PAS) dalam PR berkata sementara pelaksanaan ini membawa banyak timbang teliti dalam DAP dan PKR dalam cara mengendalikan parti Islam itu, hudud PAS perlu dihormati sebagai identiti tunjang parti itu.

"Apabila mereka mengambil alih di Kelantan (pada 1990) dan di setiap pilihan raya umum sejak itu, hudud menjadi platform mereka.

"Dan rakyat terus-menerus mengundi mereka. Jadi bagi PAS mereka sedang memenuhi janji mereka kepada rakyat yang mengundi untuk mereka," kata pemimpin PR itu yang tidak mahu dikenali.

Kata Mahfuz, PAS bersedia menerima semua kesan daripada keputusannya, termasuklah bahang daripada sekutu mereka serta orang awam, tanpa mengira jika mereka mendapat sokongan yang mencukupi untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.

"Berilah kami peluang untuk menjalani proses demokratik. Biarlah proses demokratik tersebut menentukan hal ini." – 28 April, 2014.

Moyes dipecat Manchester United!



Manchester United mengesahkan bahawa mereka telah memecat pengurus David Moyes.

Kelab tersebut mengumumkan di laman profil Twitter mereka yang pengurus berbangsa Scotland itu telah meninggalkan kelab selepas kurang daripada setahun bersama mereka.

Manchester United turut memuat naik mesej, "Kelab ingin berterima kasih untuk kerja keras, kejujuran dan integriti beliau di kelab,", berikutan pendedahan tersebut.

Moyes, yang dilantik atas dasar kontrak enam tahun selagi pengganti Sir Alex Ferguson, gagal melanjutkan kejayaan kelab tersohor tersebut.

Manchester United telah dikalahkan sebanyak 11 kali dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan berada di tempat ketujuh - 23 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Sokong Hudud



Ayuh kita kena nyatakan sokongan kita kepada undang-undang Allah.

Dr Ali Jum'ah Dipulau Oleh Ulamak Sedunia



Dr Ali Jum'ah, mantan mufti Mesir diaibkan oleh ulamak-ulamak sedunia yang hadir pada forum fekah tahunan di Oman pada 6 - 9 April yang lepas. Dia datang ke Oman dengan jet peribadi kerana takut untuk menaiki pesawat bersama rakyat Mesir yang lain.

Tiba di Oman, ulamak-ulamak yang hadir enggan bertemu atau bersalam dengannya termasuk mufti Oman sendiri. Ketika nama Dr. Ali Jum'ah dipanggil untuk membentangkan kerjanya, dia tidak naik ke pentas kerana rasa malu atas sikapnya yang menyokong As-Sisi yang menggulingkan Dr.Morsy.

Selama 3 hari dia berada disitu, setiap kali ingin menjamah makanan didalam kafeteria, dia akan membelakangkan orang ramai dan mukanya mengadap ke dinding.

‪#‎PRAYFOREG529‬
Sumber : elshaab/Rassd/ Malaysians 4 Egypt - M4E
‪#‎mesirkini‬
‪#‎R4BIA

Datin Rosmah Ulas Isu #mh370



Sama-sama kita nantikan info berguna dari datin seri.

Telefon Nurul Izzah, Tian Chua digodam, cubaan gugat jentera PR



Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 14 MAC: Nombor talian yang digunakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai bagi menimbulkan kecelaruan terhadap jentera Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil Kajang.

Menurut makluman dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, identiti pihak berkenaan masih belum diketahui.

nurul izzah_2"Talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya.

"Kami percaya, perbuatan ini dilakukan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang," tulis kenyataan itu.

Ekoran itu, mereka meminta siasatan pantas dibuat ke atas pihak yang terlibat.

"Kami berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas perbuatan khianat ini," kata kenyataan itu.

Seorang lagi Naib Presiden parti yang berhadapan tindakan serupa adalah Tian Chua.

Tian Chua"Ramai terima SMS kononnya amaran dari saya yang dakwa PAS sabotaj PRK Kajang, nombor hand phone saya kena hack (godam) atau klon dan edarkan SMS atas nama saya," tulis Ahli Parlimen Batu itu di twitter petang ini.

"Waspada, ada SMS kononnya arahan daripada saya yang cuba menanam syak-wasangka antara jentera KEADILAN dan PAS - ini taktik kotor BN!," tegasnya.