Followers

Iktiraf perkahwinan sejenis: Amerika lebih teruk daripada binatang

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Sabtu – Tindakan Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat yang mengisytiharkan negara itu mengiktiraf perkahwinan sejenis jelas membuktikan mereka sudah bankrap nilai kemanusiaan.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan sederhana Islam, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, rakyat Amerika sudah lama hidup seperti binatang.

“Sekarang kebinatangan itu pula diperundangkan. Mereka bankrap nilai kemanusiaan sehingga menganggap perkahwinan sejenis adalah satu kejayaan buat Amerika.

“Bahkan ia melanggar fitrah kejadian, bukan sahaja kejadian manusia malah kejadian binatang sekalipun. Amerika lebih teruk daripada binatang,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar semalam bahawa Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telab memutuskan bahawa undang-undang negara itu kini mengiktiraf perkahwinan sejenis.Obama lulus kahwin sejenis 2

Keputusan itu telah dicapai sekaligus membatalkan undang-undang di peringkat negeri yang melarang perkahwinan sama jantina itu di seluruh negara.

Keputusan tersebut mendapat perhatian Presiden Barack Obama dengan melihatnya sebagai satu kejayaan buat Amerika.

“Negara kita diasaskan dengan prinsip bahawa kita semua dicipta sama rata. Setiap generasi mahukan sesuatu perkara itu disesuaikan dengan realiti yang berubah mengikut masa,” kata Obama.