Followers

Polis Percaya Suspek Masih Berada Di Kedutaan Korea Utara



Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dua warga Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam masih berada di dalam premis kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi WhatsApp kepada Bernama News Channel (BNC) berkata dua individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44 tahun, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37 tahun.

Ditanya mengapa pihak polis tidak memasuki kedutaan bagi menahan kedua-dua individu berkenaan, beliau berkata setiausaha berkenaan mempunyai imuniti terhadap dirinya manakala waran tangkap ke atas Uk-il telah dikeluarkan minggu lepas.