SAMAN GADIS SEKSI;
ENAKMEN 2001, KUATKUASA 2015
Ramai memuji tindakan kerajaan Terengganu dengan langkah yang mereka ambil untuk menyaman anak-anak gadis berpakaian seksi. Dato Razif selaku MB mewakili UMNO dipuji kawan dan lawan.
Tapi ramai yang tak tahu, apa yang dikuatkuasakan itu adalah sebahagian dari enakmen undang-undang jenayah syariah Terengganu yang digubal pada zaman pemerintahan PAS di Terengganu tahun 2001. Waktu itu TG Ayah Chik sebagai MB Secara spesifiknya ia adalah penguatkuasaan terhadap seksyen 35 bahagian 4 enakmen kesalahan jenayah syariah takzir Terengganu.
Inilah bukti kejayaan perjuangan alim ulama dalam PAS. Perjuangan mereka tidak bersyarat duduk di kerusi pemerintah. Walau mereka hanya diizin memimpin selama sepenggal, kesan yang diperolehi berkekalan ke hari ini.
Firman Allah SWT:
ونكتب ما قدموا وآثارهم
Dan kami catitkan segala amalan yang telah mereka lakukan, serta kesan daripadanya [Yaasiin:12]
Walaupun Rasulullah SAW diberikan kuasa yang sekejap; hanya 10 tahun memerintah Madinah, tetapi kesan yang dibawa sehingga membentuk empayar baru yang merubah sejarah dunia. Di zamannya, Islam belum mampu menewaskan Rom dan Parsi. Empayar Islam masih belum terbentuk. Tetapi keran perjuangannyalah, umat Islam mampu berada di suatu era keemasan yang belum pernah dicapai mana-mana tamadun dalam dunia ini.
Tiada lagi cercaan pada TG Ayah Chik dan pemimpin Terengganu kononnya tidak pandai memimpin sehingga kalah. Ini bukti kebijaksanaan orang-orang yang dekat dengan tuhan. Walaupun parti tidak menang, tapi Islam tetap termartabat. Walaupun sekarang UMNO berkuasa, tetapi mereka terpaksa tunduk kepada kemahuan kita. Melihat kepada matlamat perjuangan, kita telah MENANG sebenarnya!
Rancangan mereka bukan sekadar mahu kekal berkuasa, tapi rancangan mereka jauh untuk masa depan Terengganu. Rancangan mereka bukan untuk diri, tetapi buat generasi hari ini. Pahala yang dilakukan anggota Jabatan Agama dalam membanteras maksiat akan turut mengalir ke saham Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib selaku pengerusi jawatankuasa penggubal undang-undang ini. Juga untuk semua yang terlibat samada masih di alam nyata atau sudah ke alam barzakh.
Ulama-ulama ini bertindak dengan pimpinan cahaya Allah. Hanya hati-hati yang pekat dengan hitam maksiat akan dibutakan dari melihat cahaya itu.
Kepada yang masih hidup, jadikan khabaran ini sebagai motivasi untuk terus berjuang memartabatkan Islam. Sesungguhnya ruang mencari pahala di medan politik ini amat luas dan pelbagai. Sedikit kuasa yang tuhan berikan sudah tidak terhitung manfaatnya jika digunakan untuk menambah saham pahala di sisi Allah.
Thabatkan kami di jalan ini Ya Allah.
(Alang Ibn Shukrimun)